Monday 29 March 2010

BILA YM BERBICARA

Ini buku keluaran pertama penulis ni,buku yang keduanya saya dah promote dah. Dia ni dapat gelaran penulis best seller tau... rugi rak baca buku dia.

Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…


Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…


Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…


Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini….


“Kenapa susah sangat nak tawan hati awak” “Selama ni, tak pernah saya kena reject. malah, saya yang terpaksa reject dia orang. Tapi, awak ni.. first time saya kena reject, tahu tak?”


“Susahnya nak dapatkan awak, saya baru nak merajuk. Nak minta awak yang pujuk saya. tapi, belum sempat saya merajuk.. awak dah merajuk dulu.”


“Betul. mana ada perempuan yang cemburu terus minta putus? kalau perempuan lain, dia mesti serang dulu, tanya dulu..”


“Mana ada perempuan yang berencik dengan kekasihnya? Tak ada, …kan? cuma awak saja yang buat macam tu.”


“Mana ada perempuan terkejut, terus lari masuk kereta orang? Tak ada. Mana ada perempuan tidur, tengok kekasih hati main futsal? Tak ada.. awak saja yang buat semua tu”


“Dan mana ada perempuan yang sanggup bagi kekasih hatinya cium kucing? awak saja. Orang lain tak akan buat macam tu.”


“Dah kahwin, jangan harap saya lepaskan awak macam hari tuh. Saya rasakan.. atuk tu cemburu kat kitalah”


Penulis : Hanni Ramsul

Semenanjung : RM 20


Kalau nak baca lagi ceritanya layarilah blog www.penulisan2u.net

Sunday 7 March 2010

Team Rumah Merah yang Gagah.

Gambar tu di ambil semasa Kejohanan Larian Cergas di sekolah baru2 ni.Itu lah sebahagian ahli Rumah Merah.Gagah-gagah belaka dan besar2 belaka, sebab tu rumah lain jelous kat Rumah merah. Apa2 pun mesti johan punya.
Gambar ni semasa menunggu ketibaan murid2 yang akan sampai, ini post jaga air budak.Warna air pun ikut warna rumah juga tau.


Setelah penat dari pagi tibalah masanya untuk bagi hadiah, penat jangan cakaplah, sebab tu lah duduk macam tu.Apa-apapun Rumah Merah telah muncul Juara lagi dalam Larian Cergas untuk tahun 2010 ni.

Saturday 6 March 2010

Mari beli buku baru.
Maaflah dah lama saya tak menulis dalam blog ini.Bukannya malas tapi keadaan tak mengizinkan saya untuk menulis. Banyak sangat program kat sekolah yang menyebabkan saya keletihan, bila malam aje terus pengsan, nak baca novel pun tak sempat, novel yang ada dah setambun. Baca dua muka surat aje mata terus pejam. Perkembangan buku terkini tetap di ikuti tak pernah ketinggalan pun.Saya ada jumpa buku baru Rose Harissa. Best jalan ceritanya. Rugi kalau tak beli.



Ini pun satu lagi buku yang saya jumpa keluaran KakiNovel, member baca kata memang best buku ni tangkap lentok baca buku ini,nangis habis.Ini sinopsis dia yang saya boleh sertakan jangan tak beli. Saya dah cari di Kota Bahru tapi buku ini x da lagi tapi boleh beli online.

Sinopsis Pergilah Air Mata:

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.


Friday 29 January 2010

Wednesday 27 January 2010

Saudariku, Awas Taktik Baru Penjenayah Sekarang

Rohypnol&Progestrex~ sebarkan pd saudara @ kawan2 wanita kita

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki
disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum
ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian
malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol
berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex,
sejenis pil "mencuci" yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian
"mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan
untuk"mencuci" haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama
Rohypnol,
sebagai dadah "Dating" dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam
minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok
paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar
simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan
siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA
kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita
yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini
dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan
digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama
teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan
biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda
percayai.

ihsan daripada rakan

Azila Bakri,
Social Worker,
All Women's Action Society (AWAM )

Warga Pendidik

Monday 25 January 2010

Mari membaca bersama saya

Alhamdulillah,akhirnya dapat juga saya menulis disini.Saya baru nak berjinak-jinak dalam bloger ni. Di kesempatan ini saya nak mengajak rakan-rakan di luar sana bersama -sama dengan saya berjinak-jinak dengan buku. Saya ni salah seorang peminat novel terutama peminat novel alaf 21.Sudah hampir 200 koleksi novel alaf yang saya ada, tapi tak semuanya saya dapat baca lagi. Ini adalah kerana kesibukan tugas dan masa yang tak mengizinkan saya untuk menatapnya selalu. Ada masa yanag terluang saya akan baca. Jadi kalau ada rakan -rakan yang berkongsi minat dengan saya boleh lah kita berkongsi pendapat mengenai buku-buku yang telah di baca.Apa lagi .....mari kita kupas mengenai novel terbaru Aisya Sofea yang baru, tajuknya 'Yang Sebenarnya'.

Sunday 24 January 2010

Tip Menjadi Seorang Pembaca Buku

    Dapatkanlah buku- buku ILMIAH… dan bukan buku komik, novel cintan, majalah hiburan dan yang seangkatan dengannya….Kalau buku-buku begitu sememangnya saya pasti anda dapat menghabiskannya dalam masa tak smpai sehari…Berikut adalah beberapa saranan untuk dikongsi bersama.
  1. MEMBACA BUKANLAH SATU AMALAN YG KHAS UNTUK STUDENT SHJ!-W/pun anda seorang pekerja kilang, ustaz, pensyarah, buruh , itu tidak bermakna anda tidak perlu membaca…Membaca bukan hya untk pelajar sahaja…Kerana ilmu itu bukan milik khas seorang pelajar shj..

  2. PELBAGAIKAN JENIS BAHAN BACAAN ANDA UTK MENAMBAHKAN SEMANGAT MEMBCA
    Sebagai cth, jika anda seorang pljr jurusan fekah, jgn hya membaca kitab fekah shj….Selak2 lah kitab2 ulum quran, I’jaz ilmi, uku motivasi, tafsir dsb….ini akan mencambahkan ruanglingkup ilmu anda dan memperbesarkan dunia ilmu anda…

  3. AMALKAN MEMBACA SETIAP HARI W/PUN SEMUKA.W/pun sesibuk mana anda sekalipun, cuba utk lazimi membaca buku setiap hari dalam tempoh yg pnjg…bacalah w/pun semuka…..

  4. BACA BUKU YANG NIPIS
    Ya.Jika anda baru berjinak2 untuk bertukar menjelma menjadi ulat buku…mulakan dengan buku yg nipis…
    Anda pasti seronok bila anda habis membaca sesebuah buku….Dan anda tidak akan dapt mengetahui apa yg ingin disampaikan oleh penulis sesebuah buku itu melainkan anda habis membacanya…

  5. JGN BELI BUKU JIKA ANDA MEMPUNYAI BUKU DI RUMAH ANDA YANG MASIH BELUM DIBACA..Jgn terlalu excited utk menjadi ulat buku dana mghabiskan duit utk membeli buku2 baru sedangkan di rumah masih byk buku yang belum dibaca….Apa salahnya baca dulu buku yg ada di rumah itu….bila dah habis belilah yg baru…takut yg lama x habis baca, yg baru tambahkan stok ‘gajah putih’ je…

  6. ADA APA DGN MEMBACA??!!
    Jika anda merasakan diri anda tidak perlu membaca dan anda malas membaca…Ini menunjukkan anda telah dihinggapi sindrom bodoh sombong…
    Percayalah…jika anda lazimi amalan membaca, anda akan merasakan bahawa anda ini JAHIL (bukan bodoh) dan perlu lebih membaca setersnya membuatkan anda rindu untuk membca (bkn novel cinta) untuk menambahkan ilmu anda…

  7. JADI…MULAKAN DENGAN MEMBUKA BUKU DAN TERUSKAN MEMBCA, MBACA N BCA TANPA HENTI….NATIJAHNYA, HYA ORG YG ISTIQAMAH DLM M’BCA SHJ YG TAHU…..

Beli Buku

 

© 2010 SyoknyaBuku. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN