Monday 29 March 2010

BILA YM BERBICARA

Ini buku keluaran pertama penulis ni,buku yang keduanya saya dah promote dah. Dia ni dapat gelaran penulis best seller tau... rugi rak baca buku dia.

Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…


Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…


Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…


Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini….


“Kenapa susah sangat nak tawan hati awak” “Selama ni, tak pernah saya kena reject. malah, saya yang terpaksa reject dia orang. Tapi, awak ni.. first time saya kena reject, tahu tak?”


“Susahnya nak dapatkan awak, saya baru nak merajuk. Nak minta awak yang pujuk saya. tapi, belum sempat saya merajuk.. awak dah merajuk dulu.”


“Betul. mana ada perempuan yang cemburu terus minta putus? kalau perempuan lain, dia mesti serang dulu, tanya dulu..”


“Mana ada perempuan yang berencik dengan kekasihnya? Tak ada, …kan? cuma awak saja yang buat macam tu.”


“Mana ada perempuan terkejut, terus lari masuk kereta orang? Tak ada. Mana ada perempuan tidur, tengok kekasih hati main futsal? Tak ada.. awak saja yang buat semua tu”


“Dan mana ada perempuan yang sanggup bagi kekasih hatinya cium kucing? awak saja. Orang lain tak akan buat macam tu.”


“Dah kahwin, jangan harap saya lepaskan awak macam hari tuh. Saya rasakan.. atuk tu cemburu kat kitalah”


Penulis : Hanni Ramsul

Semenanjung : RM 20


Kalau nak baca lagi ceritanya layarilah blog www.penulisan2u.net

Sunday 7 March 2010

Team Rumah Merah yang Gagah.

Gambar tu di ambil semasa Kejohanan Larian Cergas di sekolah baru2 ni.Itu lah sebahagian ahli Rumah Merah.Gagah-gagah belaka dan besar2 belaka, sebab tu rumah lain jelous kat Rumah merah. Apa2 pun mesti johan punya.
Gambar ni semasa menunggu ketibaan murid2 yang akan sampai, ini post jaga air budak.Warna air pun ikut warna rumah juga tau.


Setelah penat dari pagi tibalah masanya untuk bagi hadiah, penat jangan cakaplah, sebab tu lah duduk macam tu.Apa-apapun Rumah Merah telah muncul Juara lagi dalam Larian Cergas untuk tahun 2010 ni.

Saturday 6 March 2010

Mari beli buku baru.
Maaflah dah lama saya tak menulis dalam blog ini.Bukannya malas tapi keadaan tak mengizinkan saya untuk menulis. Banyak sangat program kat sekolah yang menyebabkan saya keletihan, bila malam aje terus pengsan, nak baca novel pun tak sempat, novel yang ada dah setambun. Baca dua muka surat aje mata terus pejam. Perkembangan buku terkini tetap di ikuti tak pernah ketinggalan pun.Saya ada jumpa buku baru Rose Harissa. Best jalan ceritanya. Rugi kalau tak beli.



Ini pun satu lagi buku yang saya jumpa keluaran KakiNovel, member baca kata memang best buku ni tangkap lentok baca buku ini,nangis habis.Ini sinopsis dia yang saya boleh sertakan jangan tak beli. Saya dah cari di Kota Bahru tapi buku ini x da lagi tapi boleh beli online.

Sinopsis Pergilah Air Mata:

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.


Beli Buku

 

© 2010 SyoknyaBuku. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN